Tuesday, July 6, 2010

Benarkah air merupakan punca kehidupan, penyakit dan penyembuhan?

Sejak tahun 2000, banyak kematian berlaku akibat penyakit yang berpunca dari stress. Mengikut kajian yang dijalankan oleh industri perubatan menunjukkan bahawa menjelang tahun 2020 pendapatan dari hasil jualan produk untuk atasi masalah stress dijangka meningkat hingga ke US 200 bilion. Disamping itu, kini banyak terdapat rawatan-rawatan alternatif yang menjanjikan keajaiban. Banyak pihak mengeksploitasi keadaan ini dengan berbagai dakwaan tentang kemampuan kaedah yang mereka promosikan. Salah satu di antaranya yang paling mendapat sambutan diseluruh dunia adalah rawatan air.
Benarkah dengan hanya meminum air, berbagai jenis penyakit dapat disembuhkan?
Sebagai seorang pengkaji psikologi tenaga & pakar terapi yang telah menjalankan terapi secara individu dan berkumpulan keatas beribu-ribu peserta kursus Terapi Diri dan pesakit mental, fisikal &; spiritual, penemuan beliau dalam bidang ini adalah seperti berikut:

Air sebagai punca kehidupan seorang manusia.
1. Asal manusia selepas Adam & Hawa datangnya dari air.
2. Kehidupan manusia bermula dari air amniotic dalam air rahim ibu.
3. Sumber makanan pertama manusia adalah dari air susu.
4. Badan manusia mengandungi 70% air.

       Air sebagai punca penyakit fisikal.
1. Stress masakini menghasilkan toksik dalam badan menyebabkan tekanan darah tinggi, jantung tersumbat  dan lain-lain.
2. Makanan yang sepatutnya untuk kesihatan seperti sayuran dan buah-buahan yang dihasilkan dari ladang-ladang moden mengandungi sisa toksik.
3. Air minuman seharian yang sepatutnya untuk kesihatan, mengandungi asid dan merupakan ‘air berat ‘ yang  tidak mengalir dengan lancar ke seluruh tubuh badan manusia.

Air sebagai punca penyembuhan penyakit, fisikal & mental.
1. Badan manusia memerlukan air berakali yang berlawanan dengan air 
   berasid yang terkandung dalam kebanyakkan air minuman.                                                 2. Badan manusia memerlukan ‘air lembut ‘yang mengandungi PH (Potential of  
   Hydrogen) yang tinggi untuk pengaliran lancar ke setiap organ yang terdapat dalam
  badan manusia untuk tumbesaran dan penyembuhan.
3. Badan manusia memerlukan air yang mengandungi mineral yang di perlukan oleh
    organ-organ tertentu dalam tubuh badan.
4. Badan manusia memerlukan air ber-ion negatif untuk mengimbangkan tenaga eletrik 
     dalam badan.

Kajian sifat & ciri-ciri air:
1. Air adalah punca kehidupan.
    2.  Air alkali mempunyai perasaan dan bentuk molekul air berubah mengikut saranan 
       (doa)yang diberikan.
    3. Air mineral, alkali dan ber-ion negatif dapat menyimpan memori yang lebih lama
   daripada air berkualiti rendah.
   4. Air berPH dan alkali tinggi boleh diprogramkan untuk menghantar maklumat
   (doa) yang disimpan keseluruh \ anggota badan manusia untuk kekuatan fisikal, mental 
  dan spiritual.

Kesan ion negatif untuk kesihatan manusia.
Ion Negatif  terdapat dalam ruang udara dan badan manusia. Ianya menghidupkan sel-sel dalam badan dan meningkatkan sistem imunisasi. Dengan wujudnya ion negatif, ianya juga bertindak sebagai pembersih darah dan mengimbangkan sistem saraf. Ianya juga bertindak untuk menghadhamkan makanan dan memudahkan seseorang untuk tidur dengan nyenyak. Ion negatif juga mengawal badan dan otak manusia daripada serangan persekitaran yang kini dipenuhi dengan medan electromagnetic yang amat tinggi kerana penggunaan alat-alat elektronik dan sistem komunikasi yang berleluasa.

Maka, untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, kita perlu memastikan badan kita mempunyai negaatif ion yang secukupnya.
Apakah yang dimaksudkan dengan ion?
Kajian tentang ion telah dilakukankan oleh seorang saintis dari German, Elster dan Geitel pada 1899 mendapati bahawa partikel-partikel diruang udara kita mengandungi elektrik. Partikel-partikel ini pada masa itu dikenali dengan nama "air ions" oleh seorang saintis British, Faraday yang kemudiannya dikenali sebagai "ion" dalam bahasa Greek yang bermaksud "pergerakan."

Ion adalah partikel-partikel yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar, dan ianya terkandung dalam molekul ataupun  atom, yang mengandungi arus elektrik. Sebagai contoh, atom mengandungi proton yang bercaj positif dan elektron yang mengelilinginya bercaj negatif.
Apabila atom dalam keadaan seimbang dan neutral ianya mengandungi protons (+) dan electrons (-) yang seimbang. Sekiranya jumlah proton dan elektron tidak seimbang maka partikel akan bertukar menjadi positif yang akan mengubah sistem-sistem imune, saraf dan otak. Ini akan mengakibatkan masalah kesihatan fisikal dan mental.

Bagaimana cara untuk mendapatkan air yang ber-ion negatif?
Kita bincangkan di post yang akan datang.
 

No comments: