Tuesday, July 6, 2010

Benarkah air merupakan punca kehidupan, penyakit dan penyembuhan?

Sejak tahun 2000, banyak kematian berlaku akibat penyakit yang berpunca dari stress. Mengikut kajian yang dijalankan oleh industri perubatan menunjukkan bahawa menjelang tahun 2020 pendapatan dari hasil jualan produk untuk atasi masalah stress dijangka meningkat hingga ke US 200 bilion. Disamping itu, kini banyak terdapat rawatan-rawatan alternatif yang menjanjikan keajaiban. Banyak pihak mengeksploitasi keadaan ini dengan berbagai dakwaan tentang kemampuan kaedah yang mereka promosikan. Salah satu di antaranya yang paling mendapat sambutan diseluruh dunia adalah rawatan air.
Benarkah dengan hanya meminum air, berbagai jenis penyakit dapat disembuhkan?
Sebagai seorang pengkaji psikologi tenaga & pakar terapi yang telah menjalankan terapi secara individu dan berkumpulan keatas beribu-ribu peserta kursus Terapi Diri dan pesakit mental, fisikal &; spiritual, penemuan beliau dalam bidang ini adalah seperti berikut:

Air sebagai punca kehidupan seorang manusia.
1. Asal manusia selepas Adam & Hawa datangnya dari air.
2. Kehidupan manusia bermula dari air amniotic dalam air rahim ibu.
3. Sumber makanan pertama manusia adalah dari air susu.
4. Badan manusia mengandungi 70% air.

       Air sebagai punca penyakit fisikal.
1. Stress masakini menghasilkan toksik dalam badan menyebabkan tekanan darah tinggi, jantung tersumbat  dan lain-lain.
2. Makanan yang sepatutnya untuk kesihatan seperti sayuran dan buah-buahan yang dihasilkan dari ladang-ladang moden mengandungi sisa toksik.
3. Air minuman seharian yang sepatutnya untuk kesihatan, mengandungi asid dan merupakan ‘air berat ‘ yang  tidak mengalir dengan lancar ke seluruh tubuh badan manusia.

Air sebagai punca penyembuhan penyakit, fisikal & mental.
1. Badan manusia memerlukan air berakali yang berlawanan dengan air 
   berasid yang terkandung dalam kebanyakkan air minuman.                                                 2. Badan manusia memerlukan ‘air lembut ‘yang mengandungi PH (Potential of  
   Hydrogen) yang tinggi untuk pengaliran lancar ke setiap organ yang terdapat dalam
  badan manusia untuk tumbesaran dan penyembuhan.
3. Badan manusia memerlukan air yang mengandungi mineral yang di perlukan oleh
    organ-organ tertentu dalam tubuh badan.
4. Badan manusia memerlukan air ber-ion negatif untuk mengimbangkan tenaga eletrik 
     dalam badan.

Kajian sifat & ciri-ciri air:
1. Air adalah punca kehidupan.
    2.  Air alkali mempunyai perasaan dan bentuk molekul air berubah mengikut saranan 
       (doa)yang diberikan.
    3. Air mineral, alkali dan ber-ion negatif dapat menyimpan memori yang lebih lama
   daripada air berkualiti rendah.
   4. Air berPH dan alkali tinggi boleh diprogramkan untuk menghantar maklumat
   (doa) yang disimpan keseluruh \ anggota badan manusia untuk kekuatan fisikal, mental 
  dan spiritual.

Kesan ion negatif untuk kesihatan manusia.
Ion Negatif  terdapat dalam ruang udara dan badan manusia. Ianya menghidupkan sel-sel dalam badan dan meningkatkan sistem imunisasi. Dengan wujudnya ion negatif, ianya juga bertindak sebagai pembersih darah dan mengimbangkan sistem saraf. Ianya juga bertindak untuk menghadhamkan makanan dan memudahkan seseorang untuk tidur dengan nyenyak. Ion negatif juga mengawal badan dan otak manusia daripada serangan persekitaran yang kini dipenuhi dengan medan electromagnetic yang amat tinggi kerana penggunaan alat-alat elektronik dan sistem komunikasi yang berleluasa.

Maka, untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, kita perlu memastikan badan kita mempunyai negaatif ion yang secukupnya.
Apakah yang dimaksudkan dengan ion?
Kajian tentang ion telah dilakukankan oleh seorang saintis dari German, Elster dan Geitel pada 1899 mendapati bahawa partikel-partikel diruang udara kita mengandungi elektrik. Partikel-partikel ini pada masa itu dikenali dengan nama "air ions" oleh seorang saintis British, Faraday yang kemudiannya dikenali sebagai "ion" dalam bahasa Greek yang bermaksud "pergerakan."

Ion adalah partikel-partikel yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar, dan ianya terkandung dalam molekul ataupun  atom, yang mengandungi arus elektrik. Sebagai contoh, atom mengandungi proton yang bercaj positif dan elektron yang mengelilinginya bercaj negatif.
Apabila atom dalam keadaan seimbang dan neutral ianya mengandungi protons (+) dan electrons (-) yang seimbang. Sekiranya jumlah proton dan elektron tidak seimbang maka partikel akan bertukar menjadi positif yang akan mengubah sistem-sistem imune, saraf dan otak. Ini akan mengakibatkan masalah kesihatan fisikal dan mental.

Bagaimana cara untuk mendapatkan air yang ber-ion negatif?
Kita bincangkan di post yang akan datang.
 

Friday, July 2, 2010

Wujudkah orang-orang yang hidup mewah dengan hanya buat MLM?

Setiap hari kita dengar orang bercakap tentang MLM, Networking, Direct Selling yang merupakan fobia dan trauma kepada kebanyakkan orang. Sebut saja "ada produk baru", "nak buat duit tak?", "program jutawan", "tak payah buat apa, dapat duit tiap-tiap hari" dan banyak lagi gimik-gimik yang tidak masuk akal maka kawan dan saudara mara menjauhkan diri ataupun buat dek aja.

Adakah MLM ni benar-benar boleh menjana pendapatan yang lumayan?

Wujudkah orang-orang yang hidup mewah dengan hanya buat MLM?

Atau

Adakah MLM ni hanya satu khayalan bagi mereka-mereka yang gagal, malas dan tamak.

Sebagai seorang Jurulatih Mental, Pakar Terapi Fobia dan Pengkaji Psikologi Tenaga, saya pernah menerima panggilan dari seorang guru yang ingin bertemu selepas saya ditemuramah dalam rancangan Wanita Hari Ini terbitan TV3 . Beliau  memberitahu PA saya semasa itu; sekiranya beliau gagal berjumpa dengan saya; beliau mengugut untuk membunuh diri. Selepas berjumpa dengan saya, guru ini telah menghadiri kursus saya sebanyak 2 kali dan saya mengenalpasti masalah sebenarnya adalah kerana beliau telah 'terjerumus' dalam MLM dan 'menggadai' kad kreditnya sebanyak RM20,000. Masalah ini tidak diketahui oleh suaminya yang pada masa itu sedang dalam proses buat PhD. Ini telah menyebabkan guru ini mengalami masalah rumahtangga.

Program TV3-Wanita Hari Ini

Dalam masa yang sama, kursus awam jelajah Malaysia yang saya jalankan dari tahun 2006-2009 telah dihadiri oleh mereka-mereka yang 'gila MLM' dan setelah diprogramkan untuk menjalankan perniagaan ini mereka-mereka ini tampil semula dengan kejayaan yang dapat dibuktikan dengan bukan sahaja berkereta mewah, duit penuh dalam poket dan bank tetapi cara mereka berjalan dari terhegeh-hegeh ke cara berjalan orang banyak duit.

Sekumpulan Network Leaders dari berbagai syarikat MLM yang mengikuti kursus pada tahun 2006

Pada November tahun 2009 saya telah menjalankan satu program keatas lebih kurang 60 Networkers dari i-Intelligent Network dan kumpulan ini telah diprogramkan untuk menjana jualan sebanyak RM3juta dalam masa setahun.
i-Intelligent Network Leaders

Tujuan asal saya menjalankan program untuk kumpulan ini adalah untuk kajian tentang kebersanan air alkali dan pembangunan insan yang juga merupakan bidang kajian saya. Selepas 8 bulan Pengarah Operasinya datang kembali berjumpa saya dengan membuktikan jualan mereka telah melebihi RM3juta.

Kajian tentang keberkesanan air untuk penyembuhan penyakit dan formula latihan mental yang saya programkan dibuktikan berkesan oleh kumpulan ini.

Saya sepatutnya mendaftar sebagai networker dalam kumpulan ini tetapi tidak melakukannya kerana menganggap diri saya sebagai seorang professional. Saya amat teruja dan berbangga melihat kejayaan mereka, akan tetapi berputih mata melihat perolehan wang yang dikumpul oleh pelatih-pelatih saya ini.Saya mengakui seprofessional manapun seseorang itu, faktor duit masih merupakan perjuangan yang amat sukar dilalui.

Pelajar-pelajar dan pensyarah dari buah 11 Universiti
Kongres Telekom Malaysia 2010
Saya telah menjalankan latihan mental terhadap lebih dari 5,000 peserta kursus yang terdiri dari peserta-peserta awam, pelajar-pelajar universiti dan korporat dan semestinya usaha ini  memenuhi matlamat spiritual saya.

Kini,perjuangan saya seterusnya adalah perjuangan duniawi iaitu untuk berjuang untuk mengalahkan kuasa wang supaya ianya tidak menjadi syarat untuk saya mencurahkan ilmu. Dengan tercapainya matlamat ini maka hasrat murni untuk membantu orang lain akan memberi lebih kepuasan. Saya pasti ramai golongan-golongan professional seperti saya dan mungkin juga anda yang sedang membaca blog ini mempunyai hasrat sedemikian yang ingin mencuba bidang ini tetapi tidak menemui 'geng' yang dapat bergerak dalam tahap pemikiran yang sama. Ini bukan bererti golongan lain mempunyai tahap pemikiran yang rendah kerana ramai yang berjaya dalam bidang ini yang bukan terdiri dari golongan professional.  

Jadi takkan nak tengok saja. Professional, professional juga tapi seprofessional pun nak duit banyak juga.
Jadi selaras dengan misi, niat dan perjuangan duniawi (duit) ini maka saya tubuhkan kumpulan peneraju ini yang dikenali sebagai i-Qaly Leaders Club ini untuk ahli-ahli professional berinteraksi, mengkaji dan menjana pendapatan disamping memberi perspektif baru terhadap dunia MLM  sebagai satu platform yang dapat membantu sesama insan.

Sebagai ahli kelab ini, anda akan berpeluang untuk bersama saya untuk mengkaji,mengenalpasti dan memformulasikan satu sistem pembangunan insan melalui networking yang dapat kita kongsikan bersama.

Sebagai ahli kelab, anda akan didedahkan dengan FORMULA RAHSIA kejayaan pelajar-pelajar saya sebelum ini sehingga hasilnya terbukti dalam bentuk wang ringgit dalam masa yang singkat.

Diantara penganjur-penganjur Networking dari syarikat MLM

Ini merupakan cabaran kepada saya dan mungkin anda sendiri untuk membuktikan samada fenomena MLM ini pemutus siratulrahim (putus kawan/putus keluarga) dan punca kemiskinan atau sebaliknya.
Kita bincangkan:
Benarkah bidang perniagaan MLM ini dapat menjamin masa depan dan menjana pendapatan tanpa henti (residual income)?